Pelajar Bergaya Dengan Kereta Curi Ditahan Polis

PADANG BESAR, 26 Sept — Seorang pelajar tingkatan empat mencuri kereta semata-mata untuk “melaram” dengan menggunakannya ke sekolah.

Suspek mencuri kereta Perodua Myvi di sebuah rumah di Kampung Bukit Keteri, Chuping pada 15 September lalu, lapor Utusan Online.

Ketua polis Perlis berkata suspek mengambil kunci di rumah itu sebelum menukar nombor pendaftaran kereta dan membawa kereta ke sekolah.

“Bertindak atas maklumat, suspek berjaya diberkas setelah menggunakan kereta itu untuk tujuan ke sekolah selama seminggu,” kata Datuk Azisman Alias.

Mengikut Harian Metro, suspek yang ditahan 19 September lalu turut membawa kereta ke pusat tuisyen dan kerap membasuh kenderaan itu seolah-olah miliknya.

Beliau berkata pemilik kereta jarang berada di rumah kerana bekerja di Kedah dan hanya pulang pada hujung minggu.-Mlay Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE