PAS Pahang Buat Laporan Polis Siti Zabedah Kassim

PEMUDA PAS Pahang bersama beberapa PAS Kawasan membuat tujuh laporan polis terhadap peguam, Siti Zabedah Kassim dan seorang pemimpin daripada Parti Reformasi Sabah (STAR), David Orok kerana menghina Islam melalui status Facebook mengenai ibadah Korban.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Mohamad Hazmi Dibok berkata, laporan polis dibuat berikutan status Facebook (FB) dipercayai milik Siti Zabedah pada 1 dan10 September lalu yang menyimpang dan menyesatkan mengenai ibadah korban.

“Pada 5 September lalu juga satu lagi status yang mengelirukan oleh pemilik Facebook, David Orok dimuat naik yang mengina Nasi Ismail dan Nabi Ibrahim,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, status berkenaan adalah satu dakyah penyelewangan fakta dan cuba mewajarkan keterangan secara bohong dan palsu.

“Status berkenaan yang melampau dan boleh menyebabkan rasa tersinggung di kalangan umat Islam sehingga boleh membangkitkan kemarahan orang Islam,” katanya,

Mohamad Hazmi berkata, kenyataan itu juga boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan menentang serta mencabar Yang Di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia.

Beliau berkata, tidak kira apa kaum sekali pun di negara ini sama ada Melayu, Cina, India dan sebagainya perlu sama-sama menghormati agama orang lain.

“Selain itu, ia juga bersifat ancaman serta menggugat ke atas ketenteraman awam dan kedaulatan negara.

“Justeru saya minta polis supaya membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kita mahu tindakan undang-undang diambil. Heret mereka yang terbabit ke muka pengadilan,” katanya.-myMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE