Najib, Trump Ikrar Pertingkat Hubungan Ekonomi

WASHINGTON DC, 14 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump berikrar untuk mempertingkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara bagi mewujudkan peluang serta pekerjaan selain menghapuskan sekatan perdagangan dalam sektor-sektor utama.

Dalam satu kenyataan bersama bagi mempertingkatkan perkongsian komprehensif Amerika Syarikat dan Malaysia, kedua-dua negara juga memperakui kepentingan perbincangan secara tetap di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan dalam usaha mengukuhkan hubungan perdagangan dengan menghapuskan sekatan dalam sektor-sektor utama berkaitan.

Ikrar itu juga mencerminkan hubungan perdagangan yang lama serta penting bagi kedua-dua negara berkenaan, kata kenyataan tersebut.

“Kedua-dua negara mengumumkan hasrat untuk terus meninjau peluang perdagangan dan pelaburan dalam sektor pengangkutan dan tenaga serta menangani ketidakseimbangan perdagangan dua hala,”kata kenyataan itu yang dikeluarkan susulan rundingan antara kedua-dua pemimpin berkenaan di Rumah Putih sempena lawatan kerja Najib selama tiga hari ke Amerika Syarikat.

Selain pertemuan empat mata di Oval Office, kedua-dua pemimpin turut menyertai mesyuarat delegasi Amerika Syarikat dan Malaysia yang melibatkan anggota Kabinet serta pegawai kanan kerajaan dua negara itu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE