Mangsa Kebakaran Minta Tolong,Tak Dapat Nak Tolong

KUALA LUMPUR: “Saya dengar mangsa menjerit ‘tolong abang, tolong’. Ada yang menjerit ‘panas’ sambil menangis”.

Shahirman Shahril, 39, terjaga kira-kira jam 5.20 pagi selepas mendengar kekecohan berhampiran rumahnya.

Sebaik meninjau ke luar, beliau mendapati Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Dato Keramat terbakar.

“Saya dan rakan bergegas cuba membantu. Suasana masih gelap dan api begitu marak.

“Kami sempat menyuruh dua, tiga mangsa terjun kerana api marak dengan cepat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Shahirman berkata, beberapa rakannya cuba naik ke tingkat atas bangunan terbabit, namun terpaksa berpatah balik kerana keadaan terlalu panas dan api marak dengan cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE