Malaysia Diiktiraf Pelaku Global

WASHINGTON 14 Sept. _ Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) menggambarkan pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara yang mencapai tahap sebagai pelaku global yang signifikan.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan tiga harinya di sin hari ini, beliau berkata, Malaysia daripada menjadi pengeksport getah dan biji timah 60 tahun lalu kini sudah mampu menjadi negara pengeksport modal termasuk ke AS.

“Dalam pertemuan dengan Trump (Presiden Donald J Trump) beliau juga telah meminta pandangan Malaysia dalam isu antarabangsa. Pandangan kita diambilkira oleh beliau antaranya isu Korea Utara, Asia Barat dan Luat China Selatan,” katanya.

Selain itu, jelas Najib, kekananan barisan delegasi pentadbiran Trump dalam pertemuan dengan beliau termasuk naib preiiden dan setiausaha negara menggambarkan betapa pentingnya Malaysia di mata AS.

“Ini menandakan Malaysia sudah sampai ke tahap diiktiraf oleh kuasa besar dunia seperti AS,” jelasnya.

Najib dijadual berlepas dari Washingon malam ini dan akan singgah ke London untuk bertemu dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE