Lebih 20 Terkorban Kebakaran Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Kira-kira 23pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam satu kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya BombaAbu Obaidat Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.41 pagi sebelum lima jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian kebakaran didapati berlaku di tingkat dua bangunan tersebut dan api dapat dikawal pada pukul 6.15 pagi sebelum padam sepenuhnya pada pukul 6.45 pagi.

“Kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan. Setakat ini, kira-kira 23 mayat telah dikeluarkan manakala lima lagi yang terselamat cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Abu Obaidat, satu sidang akhbar akan dibuat oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim di lokasi kejadian sebentar lagi. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE