Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah Segalanya Telah Ditentukan Allah

 

Sebahagian orang Islam kekadang hilang punca sehingga menjadikan mereka  seperti orang yang tidak beriman ketika berkata-kata atau cuba mengulas keatas sebarang kejadian melibatkan kehilangan nyawa atau kehilangan harta benda.

Kejadian yang tidak diduga oleh makhluk iaitu kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah menjadi satu perbahasan hangat dikalangan pengguna laman sosial sehingga ada yang kelihatan keluar dari batas-batas kebijakan akal .

Ada yang cuba kaitan dengan pemerintan negara,ada yang menyalahkan pentadbir pusat tahfiz kerana bangunan asrama tempat pelajar dan tenaga pengajar diami hanya ada satu laluan malah banyak lagi jika mahu dibahaskan.

Berdasarkan ayat pada surah Nahl 61 bolehkah mereka itu bahas? sebagaimana yang ditemui pada laman sosial ,sedialah 10 laluan keluar dimana-mana bangunan sekalipun tidak boleh halang maut apabila ajal sudah sampai.

Mengapa pula dikaitan dengan pemerintah?,sedangkan kejadian-kejadian lebih dahsyat daripada kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah telah berlaku di zaman para Nabi dan hanya puak-puak jahiliyah sahaja yang menyalahkan para Nabi Allah.

Segala sesuatu, kecil atau besar segalanya telah ditetapkan Allah takdir baginya.Bacalah, (Allah) yang menciptakan segala sesuatu lalu Dia menetapkan atasnya qadr/ketetapan dengan sesempurna-sempurnanya (QS. al-Furqan [25]: 2). Lalu, Matahari beredar di tempat peredarannya, demikian itulah takdir/ukuran yang ditentukan oleh (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui (QS. Yasin [36]: 38).

Peristiwa-peristiwa yang terjadi di alam fana ini termasuklah gugurnya bulu dibatang tubuh manusia telah ditentukan pada tempat dan waktu tertentu, itulah yang dinamai takdir. Tidak ada sesuatu tanpa takdir, termasuk manusia. Peristiwa-peristiwa kecil dan besar ,yang nampak,yang tidak nampak semuanya berada dalam pengetahuan dan ketentuan Allah.Manusia mempunyai kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang diberikan Allah kepadanya. manusia misalnya tidak dapat terbang tanpa menggunakan sesuatu yang boleh terbang sedangkan burung kecil boleh terbang tanpa kapal terbang.

Sementara itu Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih dengan tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung di sini yang mengorbankan lebih 20 nyawa.

Perdana Menteri menerusi Twitter rasminya mendoakan semoga roh mangsa dirahmati Allah.

“Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa. Moga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 5. 15 pagi itu, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz tiga tingkat itu yang menempatkan sebahagian pelajar dan ustaz yang sedang tidur.

Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, seramai lebih 20 lagi pelajar sempat menyelamatkan diri dengan terjun menerusi tingkap di tingkat dua, manakala mangsa lain yang gagal selamatkan diri dipercayai ditemui berdekatan pintu keluar.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE