Kalau Ada Pihak Lain Menganiaya,Pembangkang Takkan Dapat Kuasa

Seperti yang dilaporkan Selangorkini bertajuk KEADILAN gesa tolak calon parti amal politik toksik,Wan Azizah menyeru agar pada Pilihan raya ke-14 tolak calon dan parti yang mengamalkan politik toksik tanpa mengimbau kembali dalam pembangkang bukan sahaja ada toksik malah peluk cina doll,kes lorong kunyit,tangkap dengan bini orang,serta kisah seluar dalam putih besar juga turut boleh didapati beritanya pada carian google.

Bagi menggambarkan seluruh pemimpin pembangkang bersih ketahap maksum Barisan Nasional terutamanya UMNO mereka Contengkan dengan arang.

Politik diamalkan keseluruhan pemimpin Pakatan Harapan hanyalah senilai 0000.1 persen sekiranya diberi pemarkahan dengan apa yang telah dilakukan selama bertapak dibumi merdeka Malaysia ini.

Politik toksik merujuk kepada perlakuan kotor ahli politik sama ada berunsur keganasan,berbaur hasutan jahat,menimbulkan kebencian antara kaum,memfitnah,korup dan tidak bertanggungjawab bagi kepentingan peribadi atau politik sendiri.

Yang menghasut siapa?

yang ada unsur keganasan siapa? Dan ingat ketika himpunan BERSHIT.

Yang berceramah berbaur hasutan dan jahat siapa dan parti mana?

Yang menimbulkan kebencian antara kaum dan memfitnah pemimpin,siapa dan dari parti mana?.

Yang korup siapa? dan apakah parti sendiri bersih seperti kain putih?

Sementara itu Wan Azizah juga turut menyelar kononya golongan yang menganiaya pihak lain semata-mata untuk kekal berkuasa.

Sekiranya apa didakwa Wan Azizah itu benar,tak mungkin parti lain selain daripada parti pemerintah negara ini akan dapat memerintah beberapa negeri andainya ada golongan menganiaya pihak lain semata-mata untuk kekal berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE