Jangan Viral Gambar, Video Mangsa: Asyraf

KUALA LUMPUR: Jangan viral gambar atau video mangsa rentung, hormati keluarga.

Itu pesanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berikutan banyak viral gambar mangsa rentung dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini pagi tadi.

Beliau berkata semua pihak perlu menghormati perasaan keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi itu.

“Saya juga minta orang ramai tidak mudah percaya derma kilat yang sedang tular di laman sosial sekarang ini.

“Kita tidak mahu pihak mahu ada pihak ambil kesempatan atas tragedi ini, orang ramai boleh hubungi pihak berkuasa memaklumkan sebarang viral berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya sedang membincangkan bersama pihak jabatan agama dan keluarga bagi urusan jenazah yang mungkin dikebumikan di satu liang Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Karak ataupun mengikut keluarga masing-masing.

“Urusan mandi, kapan dan solat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE