Jamal Serius Benteras Judi

AMPANG – Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, semalam, dipercayai bagi memberi keterangan berhubung tindakan gimiknya iaitu menghayun penukul untuk memecahkan sebuah meja minggu lalu yang didakwa seperti samseng dan bertindak di luar batasan undang-undang.

Jamal mendakwa tindakan gimiknya itu membuatkan pengusaha judi atau individu yang melindungi tauke judi berasa gusar terhadap pihaknya yang mungkin menyerang premis judi dengan menggunakan penukul besi.

“Saya melihat tanggapan mereka yang mendakwa kami ini seolah-olah ganas adalah tidak tepat. Kami adalah pemimpin masyarakat, kami adalah pengantara suara masyarakat dan pesanan rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali harus menolong rakyat supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa dan kaki judi.

“Batalkan atau beku lesen Pusat Hiburan Keluarga kerana ada pihak dipercayai menyalahgunakan lesen itu dengan membuka premis judi,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Jamal berkata, beliau pernah membuat tinjauan secara bersendirian ke sebuah premis judi di Ampang. “Tindakan licik penjaga premis berkenaan segera menukar paparan mesin judi kepada mesin permainan setelah mendapati kehadiran saya,” katanya. Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE