Chelsea Tiada Tandingan – Ferdinand

LEGENDA Manchester United, Rio Ferdinand yakin Chelsea satu-satunya pasukan Liga Perdana Inggeris yang akan kekal konsisten di pentas Liga Juara-Juara.

Anak buah Antonio Conte menundukkan Qarabag 6-0 di Stamford Bridge, awal pagi Rabu.

Malah, Chelsea akan menghadapi ujian getir apabila akan bertemu dengan Atletico Madrid dan Roma tetapi Ferdinand percaya taktikal Conte berupaya membantu pasukan itu menundukkan lawan mereka.

“Mereka pasukan yang paling seimbang. Pengurus berusaha keras dan berdasarkan apa yang anda dengar, dia mempraktikkan taktikal dalam latihan harian mereka.

“Pemain pun ibarat sudah memahami antara satu sama lain sebagai individu dan juga pasukan. Oleh itu, mereka harapan terbaik kita mewakili pasukan dari England.

“Dengan pasukan lain anda dapat lihat kekurangan. Manchester United mungkin tidak boleh menyaingi pasukan teratas begitu juga Manchester City.
“Jentera serangan mereka masing-masing hebat tetapi Chelsea tiada tandingan,” kata Ferdinand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE