BioMalaysia 2017 Platform Tambah Baik Daya Saing Global

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — BioMalaysia dan Bioekonomi Asia Pasifik 2017, pameran dan persidangan tahunan berasaskan bio utama dan terbesar di rantau ini menyediakan platform bagi Malaysia untuk menambah baik daya saing globalnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain, berkata agensi itu berhasrat mendapatkan sebanyak mungkin syarikat untuk meneroka ke pasaran global di segi perkongsian, membina hubungan perniagaan kepada perniagaan dan mengeksport produk ke negara-negara di rantau ini dan sebaliknya.

“Ini adalah cara bagi Malaysia untuk meningkatkan daya saing global di rantau Asia Pasifik dan ini adalah semangat yang kami ingin kekalkan tahun depan,? katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, katanya, daripada 286 syarikat berstatus BioNexus di negara ini, 37 telah meneroka ke peringkat global.

Mohd Shuhaizam berkata lapan syarikat BioNexus melancarkan lapan produk baharu semasa pameran BioMalaysia 2017 yang berlangsung dari 11-13 Sept itu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE