Bila Toksik-Toksik Berkumpul Jadilah Kumpulan Toksik

Gabungan parti-parti Pakatan Harapan sepatutnya menganjurkan himpunan aman Selamatkan Malaysia pada September 2017 sebagaimana diumumkan Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bulan lepas.

Oleh kerana tiada sambutan dari rakyat, maka himpunan aman Selamatkan Malaysia diubah menjadi Himpunan Wanita Harapan menolak amalan politik toksid yang diadakan di ibukota 10 September lalu.

Antara amalan-amalan politik toksid yang akan ditentang oleh Wanita Harapan adalah fitnah-fitnah yang pernah dilontarkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, (Langkah Kajang) serta fitnah-fitnah dan hasutan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli terhadap kerajaan pusat, institusi dan entiti negara.

Kedua-dua fitnah dan hasutan di atas berakhir di mahkamah dengan keputusan memihak kepada golongan yang difitnah.

Amalan-amalan politik toksid juga banyak dilakukan oleh para pemimpin Democratic Action Party (DAP) yang tidak pernah berputus asa menyerang para pemimpin umat Islam, entiti dan institusi yang berkaitan dengan Islam, Melayu dan Raja-raja, sehinggakan Pemukiman (Retreat) Guru-guru Pondok dan Ulama’ Seluruh Kelantan meluluskan resolusi bahawa menyokong, mendokong serta mengundi DAP (dalam pilihanraya) adalah haram.

Ia juga menjadi sebab utama Parti Islam SeMalaysia (PAS) memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP, kerana parti tersebut tegar dan amat kuat penentangannya ke atas pelaksanaan agama Islam di Malaysia. Ianya merupakan toksid yang sangat merbahaya, bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada Wanita Harapan juga.

Selain dari itu, amalan politik toksid yang diamalkan oleh Parti Amanah Negara (PAN) yang kerapkali menabur fitnah terhadap PAS juga bakal dibanteras oleh Wanita Harapan.

Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak terkecuali mengamalkan politik toksid apabila bersekutu dengan pelbagai agen-agen asing dan negara luar memburukkan negara demi kebencian pada kepimpinan sediada.

Nilai patriotisme dan semangat cintakan negara tidak lagi tersemat di jiwa para pemimpin PPBM apabila pelbagai laporan-laporan palsu dicanangkan ke seluruh dunia melalui pelbagai “fabricated documents”, semata-mata kerana pertikaian politik kepartian dan perbezaan ideologi dengan parti pemerintah.

ASPIRASI PERDANA penuh yakin, Wanita Harapan mampu membanteras politik toksid sedemikian, tambahan pula himpunan aman tempohari disertai oleh beberapa orang wanita hebat, seperti Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Datin Paduka Marina Mahathir dan Siti Zabedah Kasim.

Ianya mirip kepada amalan gabungan parti-parti Pakatan Rakyat yang tewas pada pilihanraya umum ke 13 yang mengundang campurtangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Presiden Barrack Obama terhadap sistem dan proses demokrasi di Malaysia.

Contoh-contoh di atas merupakan sebahagian kecil amalan politik toksid yang menjadi amalan para pemimpin dan pengikut Pakatan Harapan.

DEMI SESUNGGUHNYA, amalan politik toksid senantiasa menjadi cara hidup para pemimpin dan pengikut Pakatan Harapan.-ASPIRASI PERDANA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE