Bayi Kekasih Gelap Dibuang Dalam Raga Motorsikal

HULU SELANGOR, 5 Sept ― Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai membuang seorang bayi baru lahir dalam raga sebuah motosikal kelmarin.

Bayi itu, yang ditemui bernyawa dan bertali pusat jam 8.05 pagi, diletakkan dalam raga motosikal di depan sebuah rumah di Kampung Orang Asli di Serendah.

Wanita itu dipercayai mahu menyembunyikan kelahiran daripada suaminya ekoran bayi itu hasil hubungan dengan lelaki lain, lapor Sinar Harian.

“Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan sebelum mengaku dia adalah ibu kepada bayi itu.

“Wanita berusia 25 tahun itu sudah berkahwin dan tinggal bersama suaminya di kampung sama,” kata ketua polis daerah itu Supt Lim Bak Phai.

Namun bayi dan ibu terbabit kini sihat dan sedang dirawat di Hospital Selayang, katanya itu lagi.

Kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. Wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan ujian DNA.-MALAY MAIL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE