6 Kumpulan Uruskan Jenazah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

 

KUALA LUMPUR: Enam kumpulan daripada tiga agensi akan menguruskan pengebumian 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sebaik proses padanan DNA selesai, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tiga agensi terbabit ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Katanya, perkara itu dipersetujui hasil perbincangan bersama wakil agensi berkenaan pada jam 8 pagi ini.
“Sebaik selesai padanan DNA, kumpulan ini akan menguruskan jenazah. Mereka akan memandikan dan mengkafan jenazah.

“Selepas itu, jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan Raudhatul Sakinah dan lokasi mengikut permintaan keluarga.

“Semua pihak pengurusan tanah perkuburan dan agensi agama di negeri terbabit sudah dimaklumkan,” katanya.

Katanya, kumpulan berkenaan turut membabitkan kaunselor untuk memberi sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE