Penerjun Sukan Sea Mun Yee-Traisy Raih Emas Ke-12

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Leong Mun Yee-Traisy Vivien Tukiet menghadiahkan pingat emas ke-12 Malaysia dalam sukan terjun apabila mengumpul 300.36 mata acara 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Pingat perak diraih atlet Singapura, Lim Shen Yan-Freida Mura Lee Jia yang mengumpul 256.71 mata selepas lima terjunan.

Manakala pingat gangsa milik Surincha Booranapol-Titiporn Tonapho uang sekadar memungut 233.34 mata.

Emas pertama di hari terakhir temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu melengkapkan kutipan 19 pingat emas acara akuatik setakat ini.

Secara keseluruhannya, akuatik menawarkan 51 pingat emas iaitu 13 untuk terjun dan 38 untuk renang.

Hari ini, acara terjunan menawarkan dua pingat emas dan ketika ini, masih berbaki satu lagi pingat yang menjadi rebutan.-BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE