Saman DoJ:Agenda Politik Paling Keji

KUALA LUMPUR, Jun 19 :Pemimpin utama kerajaan dan UMNO membidas saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) yang disifatkan mempunyai satu agenda politik keji terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan pimpinanya.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan merupakan pihak dalam saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Dalam kenyataan , beliau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa aset yang didakwa diperoleh secara tidak betul dan mohon di rampas DoJ itu sebenarnya dibeli oleh entititi yang tidak dimiliki atau dikawal secara sah oleh 1MDB.

“Ternyata, siasatan DoJ berpunca daripada aduan yang dibuat individu tertentu. Saya mengesyaki aduan ini sebenarnya dibuat rakyat Malaysia sendiri yang mempunyai agenda politik keji terhadap Perdana Menteri dan kerajaan,” katanya.

Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui siapakah pengadu ini dan oleh itu, DoJ patut dedahkan identiti mereka dengan segera,” katanya.

Walaupun DoJ berhak…..

Abdul Rahman, berkata walaupun DoJ berhak untuk memfailkan saman sivil, tetapi saman itu perlulah berdasarkan fakta yang boleh dibuktikan dan tidak mengandungi kenyataan bersifat retorik serta tidak berasas.

Beliau berkata:”Lebih penting lagi, tuduhan DoJ iu perlulah dibuktikan di mahkamah sebelum ia boleh diterima sebagai fakta.”

“Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia telah melakukan penyiasatannya sendiri. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang berpengaruh dan bersifat dwipemihak khususnya, yang dianggotai pemimpin kanan daripada pihak kerajaan dan pembangkang, tidak menemukan sebarang bukti bahawa wang berkenaan diseleweng daripada 1MDB,” katanya.

Pengumuman terbaharu Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak tertumpu kepada perkara utama iaitu mengenai jenayah yang didakwa dilakukan di bumi Amerika Syarikat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sebahagian besar kenyataan DoJ pada 20 Julai dan Khamis lepas menyebut tentang apa yang berlaku secara dalaman di Malaysia, dan sebahagian lebih besar tidak mempunyai kaitan dengan subjek sama ada jenayah telah dilakukan di bumi Amerika Syarikat seperti didakwa.

“Isu utama di sini bukan Amerika Syarikat atau DoJ tetapi mereka memetik daripada aduan yang mereka terima.

Jadi isu di sini ialah siapakah pihak-pihak yang membuat aduan itu kepada Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat?,” Salleh mempersoalkan dalam blog beliau https://sskeruak.blogspot.my.

Campurtangan Amerika Syarikat

Beliau mengambil contoh mengenai campurtangan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia semasa tahun 1998 hingga 2003, Salleh berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sangat marah dengan Amerika Syarikat kerana apa yang dikatakan campurtangan kuasa besar itu dalam politik Malaysia.

Salleh menarik perhatian bahawa Mahathir begitu kecewa sehingga menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika — dan pada 2003 Anwar menyaman New Straits Times kerana melaporkan perkara itu.

“Mahathir merungut bahawa apabila Anwar melawat Amerika syarikat, beliau diberi sambutan dengan tembakan 21 das walaupun beliau hanya Timbalan perdana Menteri sedangkan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak diberi sambutan permaidani merah yang sama.

“Amerika Syarikat kemudian menggelar Anwar sebagai “Prisoner of Conscience” (tahanan politik) dan ini menimbulkan lagi kemarahan Mahathir,” kata beliau.

Salleh menyebut bahawa, bagi Mahathir, politik Malaysia adalah urusan dalaman Malaysia dan pihak luar tidak harus campurtangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa sebenarnya, itu telah menjadi amalan antarabangsa untuk sekian lama.

“Negara-negara, sudah tentu, boleh mengulas mengenai hal ehwal dalaman negara lain jika ia melibatkan seperti hak asasi manusia, kebebasan sivil, buruh kanak-kanak, seks kanak-kanak, pembunuhan beramai-ramai dan sebagainya.

“Selain daripada itu, anda perlu menghormati kedaulatan negara lain,” kata beliau.

Sementara itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menuntut Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan terbaru mereka berkait isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya tanpa mengemukakan bukti yang kukuh, sebarang dakwaan atau kenyataan terhadap individu tertentu hanya akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti DoJ.

“Jangan buat kenyataan demi kenyataan tanpa mengambil tindakan, bila mereka dakwa, mereka perlu juga ambil tindakan supaya yang didakwa itu boleh ada ruang untuk menjawab dan bersihkan nama masing- masing.

“Sekiranya mereka tidak mengambil tindakan, kredibiliti DoJ itu sendiri boleh dipertikaikan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata sekiranya dakwaan tanpa tindakan ini berterusan, pihak-pihak tertentu akan ‘menangguk di air keruh’ dengan menggunakan kenyataan DoJ untuk kepentingan politik mereka.Ditanya sejauh mana dakwaan terbaru DoJ akan memberi kesan kepada UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO berkata rakyat yang akan menentukannya.

Katanya walaupun terdapat banyak isu berkaitan nasional pada hari ini, masyarakat di peringkat akar umbi mahu melihat nasib mereka terbela di peringkat setempat.

“Pengundi mahu nasib mereka terbela dan bagi mereka masalah setempat lebih penting, saya yakin dengan cara dekati rakyat yang betul kami pasti boleh melawan kenyataan DoJ,” katanya.

Malaysia tidak perlu campur tangan asing dalam menyelesaikan masalah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepertimana tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil terhadap syarikat itu baru-baru ini, kata Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata tindakan itu sangat tidak rasional dan profesional, seolah-olah satu konspirasi sedang dirancang untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.-MALAY MAIL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Kerajaan Melaka Bantah Pengajuran Jerrusalem’s Jubilee

  • TERKINI

  • Pos Popular

  • Random Posts

  • Meta

  • Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE