Geng Kenduri Seks Dipenjara dan Disebat

KOTA BHARU – Perbuatan durjana tujuh lelaki termasuk seorang juvana merogol dua remaja perempuan di Ketereh tiga tahun lalu berbalas selepas Mahkamah Sesyen disini semalam menjatuhkan hukuman penjara antara 18 hingga 22 tahun beserta sebatan.

Hakim Adli Abd. Ghalib menjatuhkan hukuman tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.

Tertuduh ialah Muhmed Azroel Hassan, 26; Che Azuan Che Hasan, 35; Muhamad Adib Che
Harun, 20; tertuduh keempat seorang remaja berusia 17 tahun 9 bulan; Eris Che Azmi, 21; Che Muhamad Farhan Isyrif Che Mat, 21,dan Mohamad Faiz Azahan, 25.

“Setelah mendengar dan menelitieliti semua keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung
selama hampir tiga tahun, kesemua tertuduh didapati bersalah selepas pembelaan gagal
menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes manakala pihak pendakwaan berjaya
membuktikan kes melampaui keraguan munasabah,” kata Adli dalam penghakimannya.

Muhmed Azroel, Che Azuan dan Mohamad Faiz masing-masing dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dengan 16 sebatan manakala Muhamad Adib dan seorang remaja bawah umur
pula masing-masing dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dengan enam sebatan.

Dua lagi tertuduh, Eris dan Che Muhamad Farhan masing-masing dijatuhi hukuman pen-
jara 18 tahun dengan lapan sebatan.

Muhmed Azroel, Che Azuan dan Mohamad Faiz didakwa dengan dua pertuduhan merogol dua mangsa yang ketika itu berusia 17 dan 15 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah
kosong di Kampung Hutan Pasir,Ketereh di sini antara pukul 7.30
malam dan pukul 11 malam, 20 Mei2014.

Pesalah juvana itu serta Eris dan Che Muhamad Farhan masing-masing didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun manakala Muhamad Adib didakwa merogol seorang lagi mangsa berusia 15 tahun pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Pertuduhan terhadap Muhamad Adib dijalankan mengikut Seksyen 376 – (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Enam lagi yang lain didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjaramaksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias manakala semua
tertuduh diwakili peguam, Zuhaidie Akmal Hasan Basri,Mohd. Zubairi Salleh,Nik Nazhriq Nik Nazman, Ahmad Nizam Mohamed, Mohd.

Firdaus Mohd Yusoff, Mohd. Faizal Hazim Abd. Rahman dan Wan Mohd. Ikram Wan Ibrahim.
Negeri Kelantan sebelum ini digemparkan  dengan kejadian seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan rakannya berumur 17 tahun yang dijadikan sebagai mangsa pemuas nafsu oleh sekumpulan lelaki disebuah rumah kosong di Keterah pada 20 Mei 2014.

One thought on “Geng Kenduri Seks Dipenjara dan Disebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE