Banduan Warga Malaysia Lari Dari Penjara Bali

DENPASAR, 19 Jun — Seorang warga Malaysia Tee Kok King antara empat banduan yang melarikan diri dari Penjara Kerobokan di sini hari ini, lapor Reuters.

Pengarah penjara dilaporkan berkata Tee melarikan diri bersama tiga banduan lain dari Australia, Bulgaria dan India menggunakan laluan terowong.

“Terowong itu panjangnya kira-kira 12 meter.

“Kami menjangkakan ia mengambil masa lebih daripada seminggu untuk dibina,” Tony Nainggolan dilaporkan berkata.

Beliau berkata polis sudah menjalankan operasi menjejaki empat banduan berkenaan.

Katanya, banduan berkenaan dipercayai masih berada di Bali dan tidak jauh dari kawasan penjara.-MALAY MAIL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Kerajaan Melaka Bantah Pengajuran Jerrusalem’s Jubilee

  • TERKINI

  • Pos Popular

  • Random Posts

  • Meta

  • Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE