Saman 492 Peneroka Terhadap Felda Ditolak

TEMERLOH, 27 Apr: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menolak saman yang difailkan 492 peneroka gugusan Felda Bera terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan sebuah anak syarikatnya, atas dakwaan penipuan dan pecah amanah.

Hakim Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif gagal membuktikan dakwaan mereka dan tiada keterangan yang boleh menyokong dakwaan itu.

Beliau juga memerintahkan plaintif untuk membayar RM405,500 sebagai kos ganti rugi kepada defendan, dan daripada jumlah itu, 319 peneroka perlu membayar RM1,000 manakala RM500 perlu dibayar oleh 173 yang menarik semula saman.

Pada September 2011, plaintif dari sembilan tanah rancangan Felda gugusan Bera memfailkan saman terhadap Felda dan Felda Palm Industries kerana memanipulasi Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).

Pada prosiding itu, defendan diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala peguam Sharifah Nur Asmaa” Syed Azman mewakili plaintif.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE