Munduk Syurga Beli-Belah Rakyat Malaysia

039Pekan Munduk(Mundok) sangat popular malah ada rakyat Malaysia dari negeri lain juga tidak lepas peluang menyeberangi sungai golok bagi tujuan beli belah ketika bercuti di Kelantan.

Terletak dtebing sungai Golok(sebelah Thailand) berhadapan Kg Bukit Lata di Sebelah Malaysia merupakan satu lokasi sering dikunjungi rakyat Kelantan terutamanya sekitar Pasir Mas,Rantau Panjang,Kota Bharu dan ada juga dari daerah lain.

Biarpun tidak sehebat seperti pusat beli belah moden namun sangat popular dikalangan masyarakat di daerah bersempadanan Thailand.

047

Hanya 15 minit perjalanan dari Rantau Panjang menjadikan pekan Munduk sering dikunjungi setiap hari walaupun pekan itu lebih popular pada hari Jumaat dan Isnin.

Kira-kira 30 tahun dahulu pekan Munduk menjadi tumpuan masyarakat sekitar di Thailand dan Malaysia hanya pada hari Jumaat dan Isnin berikutan masyarakat pelbagai kaum terutamanya Melayu hanya berniaga pada hari Jumaat,dan ia popular dengan sebutan hari ‘nad’ oleh masyarakat Melayu sekitar Thailand dan Kelantan.

Kebanyakan pengujung Pekan Munduk mengunakan perahu yang dipasang enjin melalui pengkalan haram Bukit Lata.

044
Dengan tambang RM1 dalam masa beberapa minit pengujung akan memijak pekan munduk sekali gus bumi Thailand.
Boleh berbelanja sepuas hati kerana kebanyakan barang-barang yang dijual termasuk pakaian diiktiraf pengujung lebih murah dari Malaysia.049

Undang-undang
Seperti yang diketahui umum seratus peratus pengguna pengkalan haram untuk masuk Thailand tidak menggunakan pasport.

Jika ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia ia boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen 1959 Seksyen 6 (3) yang memperuntukkan kompaun sebanyak RM10,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE