Jenazah Noriah Tiba Di Pangkalan TUDM Subang

jenazahtibaSUBANG: Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, Jumaat malam.

Jenayah Ahli Parlimen Sungai Besar itu tiba dari Kuching pada kira-kira 11.40 malam menggunakan pesawat Lockheed C-130 Hercules.

Anak lelaki Noriah, Syafiq mengiringi jenazah ibunya di sepanjang penerbangan dari Kuching ke Subang.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Noriah akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Burong, Tanjung Karang.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE