Jual Rakaman Adengan Seks Dengan Adik Ipar

Marsha Milan Laga

Seorang lelaki yang baru sebulan berkahwin dengan remaja perem puan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun memang manusia berjiwa setan apabila sanggup memperkosa adik iparnya berusia 11 tahun.

Lebih menjijikkan, lelaki berusia 35 tahun terbabit memaksa si isteri yang mempunyai masalah lembam supaya merakam perbuatannya merogol adik iparnya itu menggunakan kamera video di rumah keluarga mangsa di Telok Kemang, di sini.
Sumber berkata, rakaman terbabit kemudian dimuat dalam video cakera padat (VCD) oleh suspek dan dijual kepada beberapa rakannya bagi mendapatkan wang cara muda.

Menurutnya, perbuatan terkutuk lelaki terbabit yang juga penganggur itu bagai manapun terbongkar apabila rakaman terbabit tersebar menerusi aplikasi telefon bimbit WhatsApp.

Katanya, penyebaran ra­kaman itu turut dilihat bapa mangsa yang terkejut apabila mendapati pasangan dalam video berkenaan anak perempuannya dan menantu lelaki.

“Bapa mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian itu bertanya dan mendesak anak perempuan itu men ceritakan apa berlaku. Mangsa mengaku diperkosa abang ipar beberapa kali, sejak sebulan lalu.

“Selepas mendengar pengakuan itu, bapa mangsa membawa anaknya itu ke Balai Polis Port Dickson un tuk membuat laporan, semalam (kelmarin),” kata­nya.Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika bapa mangsa dan ahli keluarga lain tiada di rumah.

Menurut sumber, lelaki terbabit pernah merogol isterinya sebelum mereka ber kahwin, bulan lalu.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan dan memberi tahu lelaki itu dan isterinya ditahan.

-Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE