Hobinya Suka Cari Pelacur,Akhirnya…?

muat turun (1)Kuala Lumpur-Selepas Danok  cari darling Betong pula kata seorang rakan ketika bertemu beliau di sebuah warong dipinggir ibu kota beberapa hari lepas.

Sebenarnya,Azam(bukan nama sebenar) cuba mengimbau kenangan lalu beliau yang  ketagih melanggang pelacur siam  pada waktu mudanya.

Ketika menceritakan kisah silamnya,Azam berkata:siapapun boleh cair iman dengan godaan darling siam kecuali mereka yang tidak menghampiri tempat itu.

Azam akui wang gajinya  lesap begitu sahaja kedalam poket para pelacur yang ditempah untuk memuaskan nafsu serakahnya.

Bayangkan setiap bulan Azam akan ke Danok selepas itu beliau akan ke Betong ,pernah sekali beliau kehabisan wang  dan pada masa itu beliau gelabah kerana rakan-rakan sudah pulang ke Malaysia.

Azam terpaksa meminta bantuan seorang rakan di Kuala Lumpur bagi membantunya pulang ke Malaysia.Mujurlah Azam dibantu dengan segera,kalau tidak entah apa yang akan terjadi padanya ketika itu.Memandangkan banyak pekara yang belum dilunaskan semuanya berkaitan dengan hiburan bersama pelacur.

Ketika itu bagi Azam Betong dan Danok syurga baginya sehingga lupa segala-galanya kerana terlalu kerap diulek  pelacur ketika makan dan tidurnya.

Selama 7 tahun hidup dalam dunia jijik bukan tidak ada rakan menasihatinya supaya berhenti dari melakukan pekara jijik itu.Namum Azam tidak peduli segala nasihat rakan-rakanya.Bagi Azam dia tidak perlu ambil peduli dengan orang lain,apa yang dia habiskan adalah dari hasil usaha sendiri.

Pada Jun 2008 kemaluan Azam mula terasa sakit.Seperti biasa dia ke pusat perubatan yang selalu dikunjunginya untuk membuat pemeriksaan.

Alangkah terkejutnya apabila Doktor mengesahkan beliau terkena penyakit Sifilis.Saat itu juga Azam teringat gaya hidupnya yang bebas tanpa sekatan.

Dua minggu kemudian penyakitnya bertambah teruk malah nanah mula keluar ketika buang air kecil.Sakitnya tidak tertahan.

Akhirnya dia dimasukan ke wad disebuah pusat rawatan pakar  swasta di Selangor selama dua minggu.Ketika di wad Azam hanya mampu menangis dan berdoa semuga disembuhkan penyakitnya.

Allahamdulilah penyakitnya beransur pulih dan Doktor juga membenarkan beliau pulang.Sebulan dua kali Azam mesti datang untuk membuat rawatan susulan.

Pada  tahun 2010 Azam menunaikan ibadat haji bersama dua orang tuanya dengan selamat dan kini beliau bukan lagi seperti dahulu.

Sampai kini Azam tidak berkahwin bukan tidak ada perempuan yang tidak  sudi.Sebaliknya beliau bimbang penyakitnya itu berjangkit  pada sesiapa yang jadi isterinya.

Azam memaklumkan pada penulis.Doktor mengesahkan bahawa penyakitnya sudah pulih sepenuhnya,namun beliau tidak begitu yakin memandangkan ada beberapa kes sebelum ini telah berlaku kepada rakan-rakanya selepas berkahwin.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE