Teksi Dibenar Naik Tambang

7668145e77e336822497ad40c648964fPUTRAJAYA – Pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel kini ditunda manakala tambang baharu teksi diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, penundaan itu dilakukan sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan seperti diputuskan mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat lepas.
“Tambang baharu untuk perkhidmatan teksi seperti mana yang telah diumum- kan pada 19 Mac akan diteruskan pelak- sanaannya,” katanya dalam satu kenyat- aan di sini malam tadi.

Khamis lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan bahawa tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus manaka­la tambang bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu.

Pengumuman Nancy itu nyata memberi kelegaan kepada pemandu teksi terlibat.

Dalam pada itu, Badan Bertindak Pe­mandu Teksi Bermeter (BBPT) di Lem- bah Klang menyambut baik keputusan yang dibuat oleh kerajaan sambil menyi- fatkannya sebagai ‘hadiah’ yang paling bermakna kepada pemandupemanduteksi yang terlibat.

Pengerusinya, Amran Jan berkata, pengumuman yang dibuat Nancy itu di- harap dapat menyuntik semangat semua pemandu teksi untuk terus memberi per­khidmatan terbaik kepada orang awam.
“Kami menerima tempias dalam kenje- lut ini kerana banyak pihak mendakwa kami mahu mencekik darah dan seba- gainya sedangkan kos operasi harian kami sentiasa meningkat.

“Saya yakin kenaikan kadar tambang ini akan memberi motivasi kepada semua pemandu teksi selepas ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

BBPT merupakan gabungan daripada 22 persatuan pemandu teksi di Lembah Klang yang mempunyai keahlian seramai 7,000 orang.

“Semua pemandu teksi cukup gembira dengan kenaikan tambang tersebut.
“Mana tidaknya, sejak 2009 tiada ke­naikan tambang langsung sehingga kami terpaksa berbincang dengan SPAD men- genai hal ini,” katanya.

Berikutan keputusan kerajaan itu, Am­ran menjelaskan, pihaknya telah membat- alkan hasrat untuk mengadakan mogok seperti yang diumumkannya kelmarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE