PAS Lawan DAP Siapa yang Zalim

page
PAS mengharapkan majoriti mudah dengan mendapat sokongan ahli parlimen beragama Islam bagi meminda Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
.
Seni politik apa yang diguna PAS untuk menarik sokongan ahli Parlimen Islam supaya menyokong pembentangan hudud diperlimen yang dijangkan berlaku pada 9 April ini.
Rakyat tahu ahli Parlimen Islam paling ramai adalah dari Umno yang dahulunya dibaling dengan kata-kata kafir tolak Islam dan sebagainya.
Dahulu semasa kafir mengkafir kepada UMNO adalah kerana berbeza politik,kini menyeru pula agar usul hudud disokong oleh ahli Parlimen dari UMNO tanpa mengira perbezaan politik.
Parti yang dituduh tolak Islam kerana mengamalkan dasar sekular dan mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah kini dirayu agar usaha untuk hudud kelantan dapat dilaksanakan.
Jika semua ahli Parlimen UMNO Islam menyokong usul tersebut dan hudud dijalankan di Kelantan,pekara utama yang perlu di tanya oleh semua ahli UMNO,selepas itu apakah PAS tidak menuduh UMNO parti tolak Islam lagi.
Kebiasaannya,Jika awal-awal perniagaan bermula perlu sokongan moral dan kos daripada rakan-rakan,tetapi kebanyakannya akan lupa kawan selepas perniagaan yang dijalankan bertambah maju.
PAS mengharap UMNO ikhlas menyokong hudud selepas membedil UMNO dengan bermacam-macam tohmohan yang sememangnya palsu.
Namun apa yang PAS lakukan kepada UMNO adakah satu pekara yang boleh dinilai ikhlas oleh rakyat yang sentiasa memerhati seni politik PAS atau seni menipu yang diamal selama ini.
UMNO harus berhati-hati dengan permainan PAS dalam permasalahan ini,kerana sejak isu hudud panas diperkatakan .rakan-rakanya dalam Pakata nampak bercelaru dan sebenanrnya hal itu boleh dikatakan sengaja dilakukan untuk meraih simpati dikalangan ahli Parlimen dari UMNO kerana sedar, jika mengharap sokongan ahli perlimen Pakatan sudah tentu tidak akan mendapat majoriti mengikut amalan demokrasi.
Jadi,pengumuman DAP putus hubungan dengan Haji Hadi,PR Sabah putus kerjasama politik dengan PAS negrei,Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang mengumumkan pembekuan sebarang bentuk hubungan kerjasamanya dengan Dewan Pemuda PAS negeri,itu semua adalah jelas bagi menimbulkan rasa simpati UMNO pada PAS.
Untuk apa lakonan iu semua dilakukan,sedangkan hudud yang diketengahkan PAS tidak ada kena mengena dengan kafir kalau bukan mencari simpati ahli Parlimen dari UMNO.
Pemimpin PKR awal-awal lagi sedar jika menyatakan sokongan terang-terang terhadapat apa yang dusaha PAS mengenai hudud,parti itu akan mengeluarkan modal besar untuk mengadakan penerangan kepada ahli parti yang bukan Islam,jadi PKR mencari alasan tidak menyokong dengan alasan tidak ada perjanjian yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.
Penulis banyak kali berborak dengan non muslim,mereka tidak takut hukum hudud kerana hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan bukanya ada sangkut paut dengan mereka.
DAP juga sedar bahawa hudud tidak ada kaitan dengan non muslim,namun rasa benci dan dendamnya kepada Haji Hadi terutamanya dalam isu jawatan menteri besar Selangor,DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.
Jika benar DAP benar-benar tidak faham mengenai apa yang diusaha PAS dalam isu hudud,DAP sudah pasti akan keluar daripada Pakatan Rakyat.
Dari sudut lain,ada kemungkinan DAP takut untuk keluar Pakatan Rakyat kerana sedar akan hilang kuasa di negeri Selangor dan sokongan di Pulau Pinang pula akan menjadi lemah tanpa sokongan PAS.
PKR sama sekali tidak akan ugut keluar Pakatan Rakyat,kerana tahu tidak ada satu negeri pun yang diperintah oleh parti itu dan tahu kuasa PKR dalam Pakatan sebenarnya ibarat telur di hujung tanduk.

PAS dan DAP sebenarnya sengaja mencipta isu agar dilihat pergaduhan yang berlaku sekarang ini dipersoal oleh rakyat siapa yang zalim dan seterusnya melahirkan rasa simpati para ahli Parlimen musuh mereka selama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE