Mahathir,Anwar dan Ketua Umum PKR

hot kelateMenyorot kembali peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang gagal mengawal perpaduan kaum melalui sepucuk surat terbuka yang mencetuskan fenomena politik ketika itu.
Akibat peristiwa itu, Dr Mahathir dipecat daripada Umno pada 26 September 1%9 dan hidup bersendirian di rumahnya bersama keluarga sehingga dapat menyiapkan sebuah buku berjudul The Malay Dilemma yang membicarakan tentang ekonomi, politik dan cadangan-cadangan penambahbaikan taraf hidup Bumiputera.

Ketika hidup dalam buangan’ itulah, banyak rencana yang sarat dengan cadangan serta kritikan terhadap pentadbiran kerajaan dihasilkan oleh Dr Mahathir yang menggunakan nama pena Che Det.

Berkat kesabaran itu, Dr Mahathir dijemput semula untuk menyertai Umno selepas Tun Razak memikul tanggungjawab sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Bermula dengan pelantikan sebagai Senator Dewan Negara yang mewakili negeri Kedah pada 1973 dan akhirnya beliau memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu tanpa bertanding pada 1974.

Anwar Ibrahim sebelum menyertai Umno adalah seorang aktivis pelajar. Antara peristiwa yang menaikkan namanya ketika
itu adalah mogok lapar di Baling yang dikatakan ramai orang di Baling Kedah mati kelaparan kerana kekurangan makanan.
Beliau adalah seorang pemimpin Abim yang ketika itu sebuah badan NGO berhaluan kiri. Keputusan beliau menyertai Umno mengejutkan ramai pihak sedangkan sebelum itu ramai berkata bahawa parti Pas adalah yang sesuai dengan Anwar.

Tingkat demi tingkat beliau menongkah sehingga ke jawatan nombor dua Umno dan kerajaan. Ketika zamannya menjadi kerajaan, aktiviti pelajar seperti demonstrasi jalanan dan suara mahasiswa agak terhenti. Hal ini pernah ditulis dalam buku Apakah Ketua Umno Cawangan Wajib Buat, ditulis oleh Ikhwan Nasir yang mengatakan hal sedemikian.

Seolah-olah Anwar hanya menggunakan suara mahasiswa apabila tertekan dan meninggalkan mereka ketika senang dan berjawatan kerajaan.

Asalnya dari jalanan dan kembali ke jalanan. Selepas dipecat dari Umno kerana dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana salah guna kuasa, ribuan penyokong beliau kembali ke jalanan.

Sebuah parti yang wujud atas kapasiti peribadi seorang pemimpin telah ditubuhkan dengan nama Parti Keadilan Nasional. Parti ini bertukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menjalani beberapa reformasi.

PKR sehingga kini memainkan isu Anwar sebagai isu peribadi yang menggunakan rakyat sebagai alatnya. Kes Liwat 2.0 berterusan menggunakan nama pemimpin ini sebagai modal politik mereka.

Dr Mahathir dan Anwar mempunyai satu persamaan – pernah dipecat dari Umno. Perkataan “pecat” memberi nilai sentimental yang tinggi dan mampu menarik simpati. Kedua-dua mereka punyai pengikut yang bukan sedikit. Namun begitu, apa yang perlu kita ambil iktibar adalah; bagaimanakah pendirian mereka apabila dipecat?

Dr Mahathir dipecat kerana mengkritik kepimpinan parti yang dilihat lemah manakala Anwar dipecat kerana salah guna kuasa dan tuduhan meliwat pembantunya.

Bagi pandangan kita, siapakah sebenarnya yang takut dengan bayang- bayang sendiri dan siapakah yang benar- benar seorang pejuang kepada rakyat?

Dr Mahathir walaupun dipecat tidak pula menubuhkan sebuah parti baharu yang khas untuk membawa perjuangan beliau manakala Anwar menubuhkan sebuah parti politik yang dikaburi oleh perkataan “Rakyat” semata-mata untuk perjuangan peribadinya.

‘Hidup dalam buangan’ bagi Dr Mahathir melahirkan pemimpin yang disegani di seluruh dunia. Menyatupadukan rakyat di bawah payung Barisan Nasional dan Umno yang mana parti itu pernah memecatnya. Idea-idea untuk pembangunan negara
berjaya direalisasikan apabila diberi peluang menerajui tampuk kepimpinan negara.

‘Hidup dalam buangan’ bagi Anwar tidak membawa impak positif kepada rakyat malah masyarakat semakin berpecah dan diheret dengan masalah peribadi beliau dan keluarga beliau. Kali ini, sudah dua kali beliau meringkuk di dalam penjara dan masih dilihat menggunakan rakyat sebagai modal politik. Hasilnya kepada rakyat teramai, kosong. Hanya yang muncul perpecahan, kebencian, keganasan, dan kebosanan.

Kesimpulannya, permintaan supaya Dr Mahathir dilantil< menjadi Ketua Umum PKR adalah keterlaluan dan melucukan. Pandangan saya, jika Dr Mahathir mahu sertai pembangkang lebih baik beliau menubuhkan parti sendiri dan diramalkan parti itu akan menjadi lebih popular daripada PKR! Namun, saya tidak fikir begitu kerana jika mahu melakukannya, ketika muda lagi Dr Mahathir sudah mengorak langkah ke arahitu.

Dr Mahathir mengkritik kerajaan kerana melihat ada perkara yang perlu diperbetulkan pada pandangan beliau. Agak tidak masuk akal, bagaimana Dr Mahathir berpaling tadah dari Umno sedangkan anak beliau sendiri, Datuk Seri Mukhriz adalah seorang pemimpin tertinggi Umno di negeri Kedah.

JAMAL RAFAIE JAKIRAN BukitRotan, Selangor

-Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE