Korek Tanah Jumpa Bom Zaman Jepun

hotkelate (2)KUALA NERUS – Penduduk di Seberang Takir, di sini gempar apabila mengetahui sekumpulan pekerja projek pembangunan di muara sungai Seberang Takir menemui sebutir bom lama kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin
Bagaimanapun, bom yang dipercayai peninggalan ketika zaman penjajahan jepun itu didapati sudah tidak aktif.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, seramai empat anggota dari unit pemusnah bom terlibat dalam kerja-kerja memusnah- kan bahan letupan tersebutkira-kil-a jam 4 petang hari sama ia ditemui.
“Sebaik menerima laporan daripada ketua di tapak projek berkenaan (di muara sungai Seberang Takir), pasukan kita ber- gegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba didapati bom tersebut tidak lagi aktif, tetapi demi keselamatan unit kita memusnahkan bom tersebut!’ katanya.
Tambah beliau, diharapkan penduduk tidak terlalu gusar dengan penemuan bom lama tersebut.
“Mana-mana pihak yang menemui bahan berbahaya seperti ini diminta se- gera menghubungi pihak berkuasa untuk tinddkan selanjutnya!’ katanya.
Katanya, kini kerja-kerja di kawasan projek mengorek tanah berkenaan kemba- li rancak selepas ditutup sementara untuk urusan memusnahl<an bom tersebut.

-Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE