18 PATI Dikurung dan Dipukul Berjaya Diselamatkan

hot kelate 1 (4)
KULIM – Sebanyak 18 lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak beru- sia 12 tahun dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan oleh polis dalam §atu serbuan di sebuah rumah di Tainan Rambai di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ab­dullah Arshad berkata, serbuan pada pukul 1.15 pagi itu berjaya menemui PATI terbabit dalam keadaan letih dan tidak bermaya.
“Sebanyak 11 individu yang dikurung itu merupakan warga Bangladesh manakala selebihnya dari Myanmar termasuk se- orang kanak-kanak berusia 12 tahun.
“Ketika diselamat­kan, kesemua PATI itu mendakwa sering dipukul dan dikasari oleh anggota sindiket yang membawa mereka masuk ke negara ini.
“Pemeriksaan juga men- dapati salah seorang daripada mereka mempunyai kesan melecur yang teruk pada belakang badan diper­cayai akibat dicurah air pa- nas manakala seorang lagi , dirantai kaltinya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini semalam.
Tambah Abdullah, ketika serbuan, dua le- laki dipercayai anggota sindiket berkenaan sempat melarikan diri menerusi bumbung rumahtersebut.
“Siasatan awal menun- jukkan rumah itu disewa oleh seorang lelaki Myan­mar sejak November tahun lalu,” ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya percaya serbuan itu juga berjaya menyelesaikan kes penemuan dua mayat warga asing di tanah perkuburan Cina bersebelahan Taman Kijang Lunas serta penemuan mayat PATI berbungkus plastik hitam di Batu Putih, Sungai Karang  pada Disember lalu.
“Kesemuanya diper­cayai mempunyai kaitan dengan sindiket ber­kenaan selain satu lagi kes penemuan mayat PATI di Jalan Labu Besar dekat sini, awal tahun ini,” jelasnya.
Tambah Abdullah, sia­satan juga mendapati terdapat dalam kalangan PATI berkenaan mendakwa telah memba- yar sebanyak RM10,000 kepada ahli sindiket bagi membolehkan mereka masuk dan bekerja di negara ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti pemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran 2o07 dan Seksyen 6(l)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE